Kerjaya muzik Shamsul_Annuar_Mohd_Baharom

Bunkface

Rencana utama: Bunkface

Selain Sam, anggota Bunkface yang lain ialah Ahmad Farhan Hashim atau Paan selaku pemain gitar utama dan Mohd. Farouk Jaafar yang mesra dipanggil Youk (bass/vokal latar). Sam mengenali Youk sejak usia lapan tahun, manakala Paan berkawan dengan Biak bermula di darjah dua.[3]

Menyusuri perjalanan Bunkface, ia bermula sekadar sesi jamming biasa antara tiga rakan sekolah ketika menuntut di SMK Sri Andalas, Klang ini yang kemudiannya bertukar menjadi kumpulan muzik. Bunkface mula mendapat perhatian ramai sekitar 2006 melalui penyertaan mereka di rancangan televisyen popular, Blast-off 3. Pencapaian awal Bunkface adalah ketika memenangi tempat pertama dalam pertandingan Battle Of Bands pada Mac di tahun yang sama. Ia telah membuka pintu untuk Bunkface melangkah ke bidang muzik arus perdana biarpun bergerak secara sendiri.

Pada Disember 2007, Bunkface mengeluarkan EP mereka yang pertama berjudul Lesson Of The Season namun lebih popular dengan lagu Silly Lilly. Bunkface meraih anugerah pertamanya di Asia Voice Independent Music Awards 2009 untuk kategori Best College Act. Single berbahasa Melayu yang pertama mereka iaitu Situasi mula melonjakkan lagi populariti mereka sehingga terpilih ke final Anugerah Juara Lagu 2009 dan mengungguli Shout Awards. Lagu tersebut juga meraih pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik ke-17 untuk kategori Lagu Rock Terbaik.

Pada 8 Mac 2010, Bunkface menerbitkan album perdana mereka berjudul Phobia Phoney. Menurut Sam, album itu dihasilkan dengan bajet RM15,000 dan Bunkface akan menumpukan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum meneroka pasaran luar.

The Azenders

Lihat juga: The Azenders

Sam menubuhkan sebuah superkumpulan yang diberi nama The Azenders bersama tiga rakannya Izal (bes) dari One Buck Short, Ajam (synth) dari Dichi Michi, dan Kudut (dram) dari Robot Asmara. Kumpulan ini melancarkan single pertama mereka yang bertajuk "Ladies & Gentlemen". Ia diikuti oleh beberapa single hits termasuk "Peribadi", "Livin Rock and Roll", "Bebas" dan "Dance Love". Lagu "Bebas" dipilih sebagai lagu tema filem Jiwa Taiko (2012) arahan Osman Ali.[4]

Rujukan

WikiPedia: Shamsul_Annuar_Mohd_Baharom http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2000/... http://www.utusan.com.my/hiburan/cinta-unik-sam-1.... https://www.allmusic.com/artist/sam-bunkface-mn000... https://www.facebook.com/SamBunkface https://www.instagram.com/SamBunkface/ https://www.rotikaya.com/bunkface-sahkan-sam-tidak... https://twitter.com/SamBunkface https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/...